Monday, August 25, 2008

Assalamualaikum...

eerrmmm....dah lama cikgu tak edit blog cikgu nih...pe kabar lah agaknyer anak murid cikgu sumer....( ape kabar murid2 )....buat pengetahuan sumer...cikgu sibuk lah akhir2 nih...neway...nanti cikgu sambung lagik ek...end

Tuesday, August 5, 2008

Kertas Periksa Eyon

Masya Allah....Eyon...kamu hantar apa kat cikgu ni? Cikgu suruh hantar kertas periksa, bukan gambar kawan TAMPOMES kamu..... Apa nama kawan Tampomes baru kamu ni Eyon? Lain macam aje...


Hari ni Cikgu takde mood...

hari ni hari Rabu, 6hb Augus...cikgu nak mengingati murid2 cikgu terutama kepada anak murid cikgu "yg paling comel"eyon tampomers...bulan ni ialah bulan kemerdekaan...."MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!....(jerit beramai2 sambil manjat kusi )

Tapi.....cikgu hari ni takde mood....pasal semalam cikgu check ketas peperiksaan anak murid cikgu...sumer mcm hampeh...korang dah baca kan ketas yg cikgu tunjuk tadi kan? hammpppeeehhh.......itu salah satu dari anak murid cikgu...ader sorang anak murid cikgu ...hahaa yg cikgu cakap tadi...eyon...cikgu tak dpt lagi karangan dia...pasal tampomers dia...tu nasib baik cikgu ni baik...cikgu sabar jugak walapun peperiksaan dah habis...siap bg chance lagi..bleh hantar lepas periksa...tapi dia tak hantar2 pun lagi...harap badan ngan peyut jek beso...

Tulah pada sesape yg nak jadi cikgu...pikir2 kan lah...bertapa tahap kesabaran mengatasi sifat diri yang sebenar....

Kertas Periksa Lagi

Haaa...... Ni kertas periksa anak murid cikgu lagi. Rasa ringan ajer tangan nak singgah pipi diorang ni. Takut pulak nanti cikgu kena saman ngan mak bapak budak ni pulak. Tapi...kertas periksa anak diorang ni...bacalah sendiri..







Hai lah nasib aku jadi cikgu dapat murid-murid istimewa sebegini...

Monday, August 4, 2008

Lawak Cikgu Baru

Hah...baca ni...transkrip kat kelas saya semalam...




Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja?
Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Lagi Essay Kegemaran Cikgu Kem

Ha....ni lagi sebahagian essay kegemaran Cikgu Kem selama mengajar ni.... Yang ni dalam bahasa omputih...



Selamat membaca.

Salam Perkenalan

Saya Cikgu Kem. Guru Disiplin Sekolah Rendah Antah Berantah. Budak budak sekolah ni memang kebanyakannya nakal-nakal. Ada yang buat macam ni.......




Namun, saya tetap cekalkan hati untuk terus menjadi pendidik, satu amanah yang amat berat dipikul. Ada juga murid yang menghantar quotation kuih raya kepada saya beserta dengan gambar sekali...kuih abok-abok..nak tengok gambarnya?



Oppppssss...gambar tu tak boleh tunjuk kat sini...18sx... Saya kan guru disiplin, kenalah tunjuk tingkat disiplin yang tinggi. Tak gitu..?

Bebudak sekarang ni menulis karangan pun tak pandai. Cuba tengok karangan ini sebagai contoh terbaik murid saya...